
Assalamualaikum wbt....
Mode: Sedih dan blur
Lagu: Patah Seribu- Shila Amzah (aik, macam takde kena mengena je)
Hallooo... hye korang! Mood aku agak swing-swing nih.... entahlah... semalam dah check result SPA, aku tak dapat jawatan Pegawai Belia dan Sukan Gred S41 tu... Hurm, yaa... aku dah usaha sehabis baik, tapi apakan daya tak ada rezeki.... Sebenarnya aku sendiri tak berapa yakin untuk berjaya dalam temuduga tu, walaupun pada hakikatnya aku agak menaruh harapan yang agak tinggi. Mungkin disebabkan aku agak teruja, ialah melalui proses/penilaian untuk jawatan ni pun lebih daripada setahun... (bulan Ogos 2010 lulus exam, bulan Ogos 2011 lulus penilaian, bulan Oktober 2011 Gagal temuduga), cuba korang bayangkan? Tersiat gak hati aku ni.. luluh.... aku pun manusia biasa... kadang-kadang aku rapuh.... hati aku rapuh... walaupun nampak kuat, cekal... tapi bila tiba waktu tertentu, aku tak mampu nak bertahan!
Pelbagai ujian dan dugaan aku lalui.... aku harap, aku diberikan kekuatan hati dan iman untuk menghadapinya... terima kasih banyak-banyak kepada keluarga, kawan-kawan dan sedara-mara yang mendoakan kejayaan dan kebahagiaan aku... aku terharu sejuta rasa... cuma kadang-kala aku tak sanggup berhadapan dengan semua ni.... sekarang pun masih mengambil mood... mengembalikan mood yang telah kecewa lagi.... Ya Allah.... aku tahu Kau merancang yang terbaik untukku.... (Aku tidak mahu berprasangka buruk terhadapMu Ya Allah), aku yakin Kau dah tetapkan semuanya sejak azali lagi.... ketetapan yang lebih baik untuk hambaMu yang hina ni....
Aku tahu bahawa Allah swt mendengar dan memahami keluhan aku.... memahami apa yang terbuku dalam hati aku... apa yang aku inginkan.... cuma masa je belum tiba.... bukannya apa, aku tak sampai hati nak menghampakan orang-orang yang tersayang... yang mengharapkan aku, terlalu memberikan harapan... aku agak sedih... *Speechless... *Sigh* Tak mampu nak meluahkan kat blog ni rasanya.... terlalu pahit untuk aku.... (Air mata aku mengalir lagi). Ya Allah, aku masih mengharapkan sinar yang memberikan aku semangat yang baru daripadaMu.. Kembalikan semangatku yang kian rapuh di atas segala dugaan dan ujian yang Kau berikan padaku.... Aku harap aku lebih sabar+tabah+cekal+redha dalam melalui semua ini.... :(
Sekarang aku nak beri tumpuan untuk misi yang seterusnya; penilaian untuk jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41... Jawatan yang aku idam-idamkan untuk sekian lama.... rezeki aku lulus exam bulan September hari tu... Mula-mula macam berat nak pegi exam masa tu, memandangkan ada kenduri sebagainya... tapi entah macam mana hati aku tergerak nak pegi.... buat kali keempat aku menduduki peperiksaan PTD tu... maklumlah, 3 kali ambil, gagal... haha... agak susah nak dapat tahu tak? Bila tengok result, aku terkejut sikit je... tapi teruja lebih... huhuhu... masa exam, pegawai peperiksaan kata, exam itu adalah exam yang terakhir... lepas ni takda exam PTD sehingga tahun 2013... aku rasa bersyukur sangat.... sebab sempat ambil dan lulus.... actually, pilihan pertama aku PTD, pilihan kedua Pegawai Belia dan Sukan.. sekiranya diberikan pilihan, aku pilih PTD.... sampai 1 tahap, aku berangan nak tukar skim jawatan Gred S41 (Pegawai Belia dan Sukan) kepada Gred M41 (PTD), kalau aku dapat Pegawai Belia dan Sukan dan PTD selepas itu... nampak sangat aku macam tak ikhlas nak jadi Pegawai Belia dan Sukan kan? Huhuhu... (gila pangkat kot, padahal gred sama-cuma gaji PTD lebih banyak)
Hakikatnya, dua-dua aku suka... huhuhuh... tapi takde rezeki nak jadi Pegawai Belia dan Sukan... apa kan daya... Allah swt Maha Mengetahui... dan memahami aku.... Kita tak tahu apa yang berlaku pada masa akan datang kan? Mungkin Allah swt nak aku capai cita-cita aku yang awal-awal tu? Who knows? Minggu depan aku akan ke Sungai Petani... ada penilaian PTD dekat INTURA.... harap-harap aku dapat buat yang terbaik dan lulus.... bukan senang nak ada peluang ini.... sekarang niKerajaan dalam usaha melaksanakan Sistem Saraan Baharu Perkhidmatan Awam (SBPA) berkuatkuasa mulai Januari 2012. Sehubungan itu, surat tawaran kepada semua calon yang telah berjaya dalam temu duga bagi semua jawatan akan dikeluarkan setelah SBPA dilaksanakan pada Januari 2012. Kawan aku yang lulus intebiu Pegawai Belia dan Sukan pun kena tunggu sehingga bulan Februari atau Mac 2012... lama kan? Mujur dia dah keje, keje gomen gak.... penolong pegawai undang-undang... gaji pun dah nak sama dengan degree... sebab dah 4 tahun keje.... huhu... takpe la, dah rezeki dia... actually intebiu aritu kali kedua buatnya... sebelum ni tak dapat....
Ok lah, aku nak OUT ni.... korang doakan aku berjaya dalam penilaian PTD tu nanti ek :)
Bye,
Love... Feena....
alah xpe, chill ok.. yg pntg byk lg perkara yg berharga yg fina miliki skrg..Allah tu pasti de perancangan yg lg baik buat fina..ok,jgn sedih lama2 sgt ek.. :)
Psiko gak interviewer dia.
Btw, good luck utk PTD.
BTW, btul ke feb/mac 2012 bru surat tawaran dkluarkn?mcm agk lame di situ
Shima; thx dear :) ko pun wat elok2 ek exam tu.... :)