main |
sidebar

Assalamualaikum wbt....
Hye korang! Sihat ke? Aku ok je...cuma kaki ni lenguh-lenguh sikit. Haa, nak tahu pasal pe? Sebab dok berlari 2.4km+ erobik+buat pelbagai gerakan senaman+bergerak ke sana ke mari+ bla.....bla..bla... huhuhu. Penangan program penilaian PTD a.k.a PAC untuk jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang diadakan selama 2 hari 1 malam di INTURA, Sungai Petani 9-10 November 2011 baru-baru ni.... Huh, kenangan yang memang tak akan aku lupa sampai bila-bila. Serius!
Aku bertolak ke Sungai Petani dengan abang pada pukul 4 pagi, 9 November... maklumlah, tak penah ke INTURA sebelum ni.... takut lak tersesat... mujur selamat sampai.... ikut peta yang dah di 'print' awal-awal... elok-elok sampai tol Sungai Petani, terus solat subuh, kemudian gerak ke destinasi... bila dah tahu tempat, baru kami cari port makan pagi...yelah, masa tu baru pukul 6.30 pagi... waktu pendaftaran 8 pagi.... so, ada banyak masa lagi. Kami singgah kat satu gerai tepi jalan berhampiran dengan INTURA pekena nasi lemak. Aku macam pelik sikit, sebab makcik tu taruh kicap kat nasi lemak kiteorang.. padahal kami tak suruh pun... mungkin style dieorang kot hidang nasi lemak camtu.... bedal je makan.... nak kate sedap, biasa je... huhu

Masa kami makan pagi tu, hujan lebat sangat.... bila da reda sikit, dalam pukul 7 lebih, kami gerak ke INTURA... sampai sana, lepak sambil menyembang dengan kenalan-kenalan baru sementara tunggu pendaftaran pukul 8 pagi... kat situ dah pupuk hubungan silaturrahim even program belum lagi bermula... hehehe. Bila dah pukul 8 pagi, semua pakat beratur panjang... banyak gak yang mendaftar... ada la dalam 130 ke bawah kot.... tup-tup jumpa dengan sorang budak yang sama PAC dengan aku untuk jawatan Pegawai Belia dan Sukan masa kat USM dulu... (tiap-tiap tahun kot muka die kat INTURA ni... tapi belum ada rezeki..katenye dah penat!- aku baca kat wall FB die...huhu). Bila aku pikir-pikir balik, kenapa la aku nak kecewa sangat sebelum ni.... ramai lagi yang melalui macam-macam dugaan lebih daripada aku kan? Apa yang penting, percaya+yakin rezeki yang Allah swt tetapkan untuk kita!
Sampai giliran aku semasa pendaftaran, aku diberikan nombor untuk digantung kat kepala sepanjang program berlangsung... aku dapat nombor 35... harap-harap nombor tu nombor bertuah aku.. chewaaaah! Kami semua disukat ketinggian dan ditimbang berat masing-masing. Aku tak puas hati sebab tinggi aku 1.56m... sah-sah silap.. sebab tinggi aku 1.57m... huhu... masa PAC kat USM dieorang sukat 1.57m.. tak kan aku makin pendek kot? Hahaha... yang kelakarnya berat aku 55kg dowh! Aku rasa penimbang tu tipu, baru je timbang sebelum tu 52.5kg... rupa-rupanya... memang betul aku dah gemuks weh! Sebab sampai-sampai rumah keesokan harinya, aku timbang memang betul 55kg! Giler! Tak penah seumur hidup berat macam tu. Dulu dok kata susah nak naik berat, alih-alih amik ko... dah 55kg! Overweight sudah! Patutlah semua seluar dah ketat, sampai tercabut butang seluar jeans aku.... hahahaha... kena shopping seluar baru la pulak... duit mana nak cikau ni... ishhhhhh
(harap-harap nombor atas ni, nombor bertuah aku)
Ok, bila dah disukat ketinggian dan berat... kami diberikan borang profil untuk diisi dan perlu mengembalikannya lepas dah siap isi... kemudian, sijil-sijil diperiksa dan salinan perlu diberikan kepada mereka... dah abes semua, kami pergi ke satu kaunter ni untuk mendaftar masuk bilik asrama dan diberikan kunci.... Bila dah dapat kunci, cepat-cepat aku ambil beg dan menuju ke bilik aku.... sebab nanti kena masuk dalam dewan untuk taklimat. Penat naik tangga.. bilik aku tingkat dua tuh... bila dah bukak pintu bilik... Waaaaa!!! Cantiknya bilik! Macam hotel! Ada tv, air-cond.... katil pun bercadar cantik... ada bilik air sekali... meja study pun ada.... bilik untuk 2 orang... (ada astro beb... sebab malam tu lepas aktiviti, roomate aku sempat bukak tv sebelum die tido.... tengok-tengok ada channel HBO, Star World... huhu..)
Dah letak barang, aku bergegas ke dalam dewan untuk sesi taklimat. Kami disusun kedudukan ikut nombor dalam dewan tersebut.... bila dah sukup kuota, kena bangun dan bersedia untuk sesi tangkap gambar... kelakar kot masa ni... kena berdiri atas pentas dengan jarak yang telah ditetapkan... macam banduan je... sebab dok gantung nombor kat kepala.. hehe.... dah settle sesi bergambar, sedikit taklimat diberikan... selepas sesi taklimat, kami ke dewan makan minum pagi! Dalam hati dok gementar, pikir apa nak jadi lepas tu... hahaha... kami diingatkan untuk selalu merujuk jadual yang telah ditampal di tempat-tempat strategik untuk mengetahui tempat aktiviti mengikut kumpulan... lepas makan, kami rujuk jadual sebab nak tahu kumpulan berapa dan tempat aktiviti.... aku tersenarai dalam kumpulan 4... apabila dah tau tempat aktiviti, aku bergegas ke sana... sampai saja kat bilik aktiviti, dah ada 2 panel menunggu untuk aktiviti yang pertama... ahli kumpulan aku ada 9 orang masa tu termasuk aku.... aktiviti pertama adalah perbincangan (diskusi berkumpulan dalam bahasa melayu). Kami diberikan 1 isu untuk dibincangkan dalam kumpulan... isu masa tu berkenaan dengan "sikap masyarakat/penduduk yang meremehkan simpan bil"- melalui keratan surat khabar, kes yang berlaku di Georgetown, Penang. So, masa ni masing-masing memberikan hujah/ pendapat dan perbincangan diadakan. Selepas itu, kami diberikan kertas mahjong dan marker pen untuk buat pembentangan. Memandangkan kesuntukan masa, pembentangan tidak dijalankan cuma kami menulis isi di atas kertas mahjong saja.

Kemudian, kami bergegas ke bilik aktiviti yang lain untuk aktiviti seterusnya... kali ni perbincangan kumpulan dalam bahasa Inggeris pula... Isu berkenaan dengan merokok. Kami dikehendaki memberikan ulasan/pendapat berdasarkan gambar yang diberikan... gambar kartun yang merujuk kepada satu situasi dalam sebuah rumah di mana ahli keluarga berkumpul di ruang tamu menonton televisyen, dan terdapat satu kubikel transparent untuk yang merokok... (means, sape-sape yang merokok diasingkan kat situ la). So, kami kena diskus sama ada benda tu praktikal atau tidak...dan ulasan perlu diberikan.... kami berkongsi-kongsi pendapat... selepas perbincangan, kena tulis kat mahjong paper dan bentang.... sesi pembentangan volunteer... sape-sape nak sukarela boleh je.. ada tiga orang yang sukarela termasuk aku.... balun je la... huhu.. dah settle, kami bergerak ke bilik lain untuk aktiviti seterusnya... aktiviti penyelesaian masalah.... untuk 1st aktiviti ni, diadakan dalam bahasa melayu...
Kami diberikan satu masalah bertajuk refleksi cermin.. ada 8 buah kerusi disediakan dan susun mengikut susunan tertentu... 6 orang perlu duduk di atas kerusi dan memegang nombor 1 hingga 6... Ada 2 buah kerusi dikosongkan... Lagi 3 orang perlu merancang bagaimana menyusun 6 orang ni tadi menjadi satu refleksi cermin.. means berubah kedudukan mengikut pergerakan Queen dalam permainan Catur... aku antara 3 orang yang merancang kedudukan baru itu... syukur alhamdulillah, berjaya juga menyelesaikan masalah tersebut dibantu dengan rakan yang lain.... selepas tu, tukar giliran pulak... panel suruh... means, yang duduk tadi 3 orang kena jadi pemberi arahan... aku duduk... panel beri arahan supaya kami mengulangi semula pergerakan tadi dan mengira bilangan gerakan yang diperlukan untuk membuat refleksi cermin itu... jenuh masa ni... sebab tak expect dia suruh buat balik dan kira... bukan ingat sangat pun gerakan yang awal-awal tu... syukur, semuanya berhasil! Next task, kena selesaikan masalah tadi dengan merancang satu gerakan yang mengurangkan bilangan gerakan... contohnya bilangan gerakan yang dibuat mula-mula sebanyak 16... kali ni kena rancang supaya bilangan itu kurang daripada 16... sekali lagi, kami berjaya menyelesaikannya bersama-sama! Last task, lebih kurang sama je... cuma kedudukan kerusi berubah.... dan kami berjaya juga selesaikan masalah tersebut!
Aktiviti seterusnya, kami bergerak ke bilik sebelah.... kali ni penyelesaian masalah dalam bahasa inggeris pula.... a.k.a problem solving... hehe... kena speakin le pulak... aktiviti ni lain sikit daripada tadi... kami diberikan karektor masing-masing untuk menyelesaikan masalah yang diberikan.. aku dapat "Sea Captain". Citernye lebih kurang macam ni la... ada la satu life boat ni, mengalami masalah selepas dilanda petir/ribut camtu la... so, it's take 5 days to reach the shore... boat ni kena tampung dalam 350kg muatan je... kalo tak, nanti ada masalah, bocor camtu la.... dalam boat tu dah ada bekalan air mineral dalam 50kg... makanan 20kg.... so, misi nye skunk... kena bajet siapa yang kena stay kat boat tersebut dan kena bagi sebab la kenapa korang kena stay kat dalam boat... ada macam-macam karektor, contoh; swimming instructor, doctor, seaman, ustaz, millionair, engineer, retired civil servant, cabinet minister dan sea captain. Sea captain iaitu aku beratnya 60kg... yang lain-lain ada la beratnya tersendiri.... so, kene decide siapa yang kena stay... 1st, kami kene explain karektor masing-masing.. bila dah abes 1 round tu, barulah perbincangan diadakan untuk menyelesaikan masalah tu... in the end, aku salah sorang yang terpilih untuk stay dalam life boat tu... a.k.a sea captain la... penyelesaian berdasarkan kepentingan karektor tertentu dalam situasi tersebut dan mengambil kira beratnya sekali... yelah, kalo lebih muatan.. masalah pulak boat tu.. lepas dah settle, pembentangan diadakan dengan kertas mahjong lagi! Habis dah aktiviti problem solving!

Waktu rehat... masa untuk lunch dan solat.... dah settle, bersiap-sedia untuk aktiviti seterusnya. Aktiviti yang berikutnya ialah Perancangan Projek! Dalam kumpulan kami diberikan satu tugasan untuk membincangkan satu projek berkaitan dengan pembangunan. Citernye lebih kurang macam ni, pembangunan wilayah utara akan diadakan di empat buah negeri NCAR pada bulan November 2012... kami diberikan satu peta lokasi yang terlibat dalam projek pembangunan itu. Kami dikehendaki membangunkan projek itu dengan melibatkan lima cabang ni iaitu; pertanian, modal insan, industri pembuatan, pendidikan dan logistik. So, kami kena fikirkan idea-idea untuk membangunkan wilayah utara ni mengikut strategi kami tersendiri... actually, mula-mula perbincangan macam ok... bila dah tengah-tengah agak berterabur sebab ada ahli yang tak bincang bersama-sama... syok sendiri diskus sesama dieorang.. aku cuba nak kembalikan situasi back to normal sebab nampak macam tak sepakat je... at last, dah ok sikit dari tadi.... dah settle, tulis kat mahjong paper...tapi tak sempat nak bentangkan... masa terhad.
Dah selesai aktiviti tadi, kami semua balik ke bilik masing-masing.... rehat+solat. Kemudian, get ready untuk aktiviti fizikal pulak... aduyai... dah lama tak exercise dengan bersungguh-sungguh... stamina mesti tak kuat... setakat buat exercise kat rumah sebelum ni ada la...hehe.... tak sempat nak g jogging etc sebelum g PAC PTD ni... kami dibawa ke padang untuk lakukan senaman ringan... even senaman pun, dah cukup meregang-regangkan otot aku dah! Samapai satu ketika, kaki aku terkehel lepas buat lompat bintang.... salah mendarat... hahaha... agak lama nak sakitnya... 10 minit lepas tu baru ok sikit.... lepas senaman, kami diberikan tugasan untuk membuat gerakan erobik... ada 3 lagu... satu tu lagu Aspalela, satu lagu hindustan, lagi satu lagu kumpulan Senario... tajuk tak ingat... adalah dalam 30 minit buat benda tu... penat gak sih, bayangkan 3 lagu direct.... sesi erobik dah abes.... jam menunjukkan pukul 6.30 petang... ingatkan dah settle, rupanya ada aktiviti lagi.. kena lari 2.4 km!!!! Kali ni memang agak sesak dada dibuatnya.... lari beramai-ramai... tapi yang tak bestnye, dieorang lepaskan kami beramai-ramai macam tu je.... tak adil la kan sebab ada grup yang dah ready awal-awal kat depan... potensi untuk dieorang sampai awal agak tinggi... camne pulak yang duk belakang-belakang? Kena lari lebih la nak potong yang depan tuh... Aku berjaya menamatkan larian dengan masa 15min+, aku tak ingat la exact masa... yang aku tau dia bagi aku kertas kecik (15-18minit)... yang paling bagus, ada yang dapat 10 minit ke bawah.... hebat dowh! Naik pusing kepala aku, lepas minum baru lega.... Kaki rasa lenguh-lenguh sudah....

Lepas je dengar azan Maghrib, kami semua terus naik ke bilik masing-masing... tiba-tiba pulak pintu bilik takleh bukak.... cuak giler.. sebab nak kejar masa... macam ketat sikit nak bukak.. aku dengan rumate turun balik dengan penatnya jumpa urusetia.... akhirnya pintu dapat dibuka... lega! Kami tak sempat nak rehat sangat, keringkan peluh lepas tu mandi dan solat.... siap-siap turun dewan makan untuk dinner... lepas keluar bilik air, kaki aku terkehel lagi.. jenuh la nak betulkan alignment yang lari tu.... mujur ada bam serai, aku urut perlahan-lahan kat tempat sakit tu... siap solat duduk lagi.... sebab sakit nak berdiri... mujur lama-lama tu dah ok... alhamdulillah... risau gak nak bergerak... sebab aktiviti ada lagi, kena pakai high heel lagi... kemudian, bergerak untuk aktiviti seterusnya.... kami kembali ke bilik aktiviti untuk Perancangan projek.. ingatkan kena buat pembentangan, rupanya tak... kami diberikan satu borang ni... panel kate, sila rankingkan kawan-kawan dalam kumpulan.. sape yang bagus ranking 1st laa...susunla sampai ranking kelapan... kena ranking kawan-kawan tak termasuk diri sendiri....huhuhu.. siap ada catatan lagi kat tepi, kot-kot nak tulis apa-apa sebelah ranking tu.... kiranya macam komenlah... mungkin dari sini penilaian tentang kami diambil berdasarkan pendapat ahli kumpulan.... penilaian daripada panel lain pulak... lepas tu kami gerak ke tempat mula-mula kami mendaftar tadi untuk tengok jadual baru.... kami ditugaskan untuk bergerak ke bili aktiviti mengikut kumpulan yang baru pula... aku tersesat masuk bilik, sebab confused...haha... mujur selamat sampai gak dan tak terlewat sangat... aku dah jalan entah apa-apa sebab kakii aku melecet samapi berdarah.. penangan high heel la ni.... aku tak pakai stokin.. tu dok bergesel-gesel kat belakang kaki tu.... mujur ada sorang ni bagi plaster, ahli grup aku yang 1st tu.... so, takde la sakit sangat nak jalan...
Aktiviti kali ni, kami dikumpulkan salam satu bili yang agak besar sebab bergabung dengan 1 kumpulan yang lain... kiranya ada 2 kumpulan... kami diberikan tugasan untuk menyiapkan satu slaid presentation berdasarkan tajuk yang diberikan... aku dapat tajuk "Unemployment". Kami diberikan masa merangka dan mencari maklumat berkenaan tajuk.. aku tak bawak laptop, so terpaksa pinjam kawan sebelah... kena tunggu dia settle, baru aku buat slaid aku... mujur dia sporting dan best... hahaha.. slaid semua peserta dikumpulkan dan diberikan pada fasilitator. Kiranya slaid tersebut akan dibentangkan keesokan paginya.... kena buat presentation in english selama 5 minit... 3 minit lagi untuk sesi soal jawab.. lepas present, panel akan tanya soalan..huhu.. berdebar tunggu esok pagi! Malam tu lepas balik dari bilik aktiviti, sempat google nak cari maklumat guna laptop rumate aku..hehehe... mujur ada wifi... sempat la prepare sikit presentation sebelum nak tido tu... rumate aku sempat bukak tv tengok citer pe yang best... ada astro beb... macam-macam ada.... hahahaha

Pagi esoknya lepas sarapan, kami semua ke bilik aktiviti... macam bilik kuliah sikit la... presentation pun bermula... fasilitator memanggil kami ikut nombor dan berselang-seli ikut kumpulan... ada 2 kumpulan kat bilik tu... aku kumpulan 9.. kumpulan 9 bergabung dengan kumpulan 10.... kesemuanya hampir 20 orang dalam 1 bilik... selepas dah lebih separuh nombor dipanggil, kami diberikan rehat seketika... kemudian, selepas rehat 5 minit, aktiviti diteruskan... tap kali ni lain sikit, sape yang sukarela boleh present dulu.... huhuhu... aku macam cuak je lagi... kemudian, fasilitator panggil ikut nombor macam yang asal tadi... aku punya giliran, kedua terakhir! Gelabah juga la masa present tu... dok hafal semua, alih-alih boleh terlupa pulak.. mula-mula macam hampeh sikit la.... dah tengah nak ke penghujung, baru ok sikit... tapi suara aku kuat, aku rasa semua orang boleh dengar... maklumlah, bekas guru.. kuikuikui.. dulu-dulu masa mengajar, blok sebelah pun boleh dengar suara aku.. huhuhu.... tapi aku sangat kagum la dengan beberapa orang yang present masa tu.. especially lelaki... hebat! Penuh keyakinan, tak tengok text pun.... cayalah! Yang kelakarnye, loceng dah berbunyi dua kali baru aku berhenti... punya la banyak ayat yang belum abes aku nak citer... lepas tu selamba pulak nak duduk lepas cakap thank you... patutnya ada sesi soal-jawab, panel nak tergelak masa tu... aku cakap... Sorry, I forgot.... Nasib aku baik sebab panel tak tanya soalan.. hahaha... lagipun, masa dah suntuk.. sebab ada sorang lagi kena present sebelum kami bergerak ke bilik lain untuk aktiviti seterusnya. Fuh, lega!

Aktiviti seterusnya ialah Inovasi. Kami diberikan briefing sikit tentang task berkumpulan ini oleh panel. Tugasannya kami perlu merekacipta satu inovasi berdasarkan bahan yang diberikan iaitu 10 bekas minuman kertas (cup), 3 batang marker pen dan 10 batang straw minuman. Kami dikehendaki melukis rekacipta itu di atas kertas A4 yang telah diberikan... bunyi macam senang.. tapi aku fail bab melukis ni... bukannya tak pandai melukis... entah macam mane kaku pulak tangan ni nak melukis... hodoh giler lukisan aku... haha... dah selesai, kami diminta menerangkan produk apa yang kita nak buat dan menceritakan serba sedikit tentang produk tersebut. Aku antara orang yang terawal sukarela nak present tentang produk aku tuh... masing-masing mempamerkan lukisan dan idea yang agak kreatif... cuma persoalannya adakah ianya praktikal dan realistik? Chewaaah.... aku betul-betul mengikut kehendak tugasan sebab aku aplikasikan semua bahan-bahan yang diberikan untuk membuat produk aku tuh... ada setengah orang hanya gunakan straw dan cawan kertas saje... ada yang lain menggunakan bilangan yang berbeza-beza... produk aku lebih kepada tempat simpan barang multi-purpose la... boleh diletak kat mana-mana, contoh di dalam bilik, ruang tamu, dapur, bilik air etc... dieorang gelak sebab aku kate saya tak pandai nak lukis benda berimej 3D ni....hahaha
Bila semua dah present tentang produk dieorang, mula la sesi soal-jawab... sesi nak mempertahankan idea masing-masing, sesi nak memberi komen/kritikan membina kepada produk orang lain... bunyi macam nak bertelagah aje masa tu... kelakar kot... sebab ada sorang girl ni tak puas hati dengan produk sorang guy ni... katenye tak realistik dan tak praktikal... macam-macam karenah... aku ni tak sokong mana-mana, cuma aku jelaskan setiap produk yang direka tu ada kekuatannya tersendiri, cuma dalam pada itu, aku cuba mempertahan idea aku. Lepas sesi tu, kami dikehendaki memilih protaip... kami semua akhirnya sepakat memilih produk budak laki yang tadi, dia mereka cipta speaker yang diperbuat daripada cawan kertas dan straw... tengok design die memang superb la! Kemudian, kami dikehendaki membuat presentation dan membuat demo menggunakan bahan yang diberikan... Kami menerangkan tentang produk, kelebihan, harga dan sasaran pengguna... apabila dah selesai semua, panel pun bagi la komen tentang apa yang kami buat sepanjang aktiviti... kelihatan dia lebih menyokong produk aku dan 2 orang yang lain sebabnya lebih praktikal.... dia dok komen speaker untuk handphone tu macam tak praktikal... selain itu, dia berikan hujah dan pendapatnya yang tersendiri... dia kate, daripada aktiviti karektor kita dinilai... mujur aku takde cam nak gaduh-gaduh mulut masa berhujah dalam kumpulan tu...hehe
Sebelum berakhirnya aktiviti ataupun program, kami diberikan borang ranking itu sekali lagi untuk menilai ahli kumpulan kami... aku orang yang pertama yang siap dan berikan kepada panel tersebut.. tetapi lepas panel dah kutip dan check semua, dia panggil nombor aku.. rupanya aku ada silap tulis nombor kat ranking tersebut... huhuhu... aku check rupa-rupanya aku ada silap tulis nombor sorang budak ni... patutnya nombor 38, tapi aku buat 18... aku leh gelak-gelak kate aku rabun... hahaha... tak perasan nombor tu masa tengok tag nombor dieorang yang diletakkan atas meja... gelak panel tu... nak buat macam mana... dah tersilap... hehehe... sebelum beredar, aku smepat tanya berapa orang yang terpilih mengikuti pac dan berapa anggaran yang akan terpilih menjadi PTD... panel tu kate, dalam 1000 orang terlibat dalam pac ni seluruh negara... tetapi hanya 1/10 saje yang akan terpilih... anggaran dalam 100++ camtu la.. aduyai... sedihnya dengar... harapan macam tipis je... tetapi tak mengapalah, ada rezeki aku, ada la.... sekurang-kurangnya aku dah lalui pengalaman sampai ke peringkat ni... betul tak? Banyak lagi yang di luar sana yang masih belum lulus exam ptd, aku bersyukur lulus exam even setelah 4kali amik exam ptd ni baru lulus....huhu... sadis kan? :P
Ok laa... penat menaip.... aku nak blah dulu... bye!
p/s: kaki aku dah tak lenguh sangat lagi....hehe
-feena OUT-
14 Comments:
Post a Comment
aku tau sbb penah g kursus kat sane
NinaKarlina: mgkin kalo tgk muka leh perasan kot...hehehe...moga2 kite lulus eh :)
wah, perfect sungguh cite cik feena.skit pn xde yg trtinggal...saya pun de jugak masa PAC kat intura tu..berdebar menuggu keputusan..kalu de pe2 info, gitau ek..salam perkenalan dari lin..(ruzlinhafinaz 0125007410)