Saturday, December 31, 2011

Perhubungan Jarak Jauh


Assalamualaikum wbt...

Hye jejaka-jejaka dan gadis-gadis yang sedang dibuai
love-love feeling.... Actually, aku tertarik untuk membicarakan sesuatu yang berkaitan dengan perhubungan/cinta jarak jauh. Ataupun dalam bahasa inggerisnya Long Distance Relationship (LDR).

Sedang aku syok sendiri blog walking minggu sudah, singgah kejap baca satu entri bertajuk; "Pre-post; Long Distance Relationship" yang ditulis oleh Blog The Other Khairul. Ada satu video yang agak touching Mr K share kat dalam entri dia... tentang Long Distance Relationship. Sejak itu, aku dah fallin in love dengan lagu tema video tu "Cupid's Fall" daripada Once Upon A Time There Was A Sausage Named Bob. Serius, lagu tu sangat best! Kalau korang tak penah dengar, boleh la layan lagu dan video tu kat YouTube eh. Sangat menusuk kalbu ok!

Then, lepas beberapa hari Mr K ada share pendapat dia tentang Long Distance Relationship, which I think it was a good entry actually... By the way, aku pun nak share pendapat aku pasal Long Distance Relationship versi aku sendiri... mungkin ada persamaan sedikit dengan Mr K or related dengan mana-mana pendapat orang lain.. ye la, pendapat mungkin sama kan? Sebab elemen dan main point nya still sama... Aku pun pernah melalui PJJ juga.. (Perhubungan Jarak jauh). Hehehe... (Aku memang suka stalk blog Mr K ni tapi aku jadi silent reader je, takde nak komen-komen pun... aku suka baca blog dia sebab best dan banyak info.. pendapat dia pun ada value sebab dia ada reference/observation nya tersendiri)


Ok, berbalik kepada tajuk LDR atau PJJ, terdapat pelbagai persoalan yang bermain dalam benak fikiran golongan yang bercinta jarak jauh ini... Antaranya;

  • Sampai bila agaknya hubungan ini boleh bertahan?
  • Agak-agak si dia ada pasang 'spare part' tak bila aku tak ada?
  • Hubungan jauh, adakah kemungkinan hati pun makin menjauh???
  • Terjamin ke perhubungan ini?
  • Boleh ke aku maintain sayang pada dia, sedangkan dia tak ada depan mata?
Sengaja aku pilih persoalan-persoalan begini, mungkin banyak lagi persoalan yang boleh dikupas. Lain orang, lain pendapatnya. Betul tak? Aku ada gugel pendapat/komen-komen orang yang pernah atau sedang melalui LDR/PJJ ni. Banyak perkara yang perlu ditekankan dalam perhubungan yang agak berisiko ini. (Aku cakap berisiko sebab hubungan ni jauh, kalau dekat senang kita nak observe atau skodeng sendiri apa pasangan kita buat, betul tak?) Hahaha... Kebanyakan mengatakan pasangan LDR/PJJ perlu menekankan beberapa elemen dalam hubungan mereka iaitu;

  • Kepercayaan
  • Kesetiaan
  • "Respect"
  • Sabar
  • Keikhlasan
  • "Protect and care each other"
  • "Understanding"
  • "Commitment"
  • Kejujuran
dan banyak lagi sebenar... actually, aku lebih menitikberatkan 3 elemen utama ini iaitu;
  • KOMITMEN
  • MEMAHAMI
  • SABAR


Sejauh mana kita mampu memberikan komitmen untuk menjayakan LDR ini? Adakah kita betul-betul bersedia memikul satu tanggungjawab sebagai pasangan si dia dalam perhubungan jarak jauh ini? Adakah kita juga mampu memahami pasangan dengan baik walaupun si dia jauh di sana? Bersabarkah kita dalam menangani konflik yang akan melanda kelak? Atau mampukah kita mempertahankan cinta walaupun terpisah jauh? Jeng Jeng Jeng... Anda yang tentukannya!

Konsep memahami perangai/sikap pasangan adalah sangat penting supaya kita masih mampu bersabar tatkala ombar besar melanda hubungan kita dengan si dia.. sekiranya kita masih belum mampu memahami pasangan, sebarang kesulitan sukar untuk ditangani. Penantian suatu penyiksaan bagi sesetengah orang... jarak memisahkan kita dengan orang yang kita sayang, paling menakutkan jika jarak itu sendiri memisahkan hati dua insan yang sedang bercinta atau pasangan yang sudah pun berkahwin... oleh itu, persefahaman perlu wujud dalam mengekalkan perhubungan jarak jauh ini... komitmen yang tinggi menjadi elemen yang wajib dimiliki oleh individu yang terlibat dalam LDR ini... sekiranya kamu semua tidak mampu... lupakan hajat untuk bermain cinta jarak jauh ini, tetapi andai kata terpaksa... (contoh suami isteri yang terpaksa berpisah kerana urusan kerja), berdoalah agar hubungan kamu kekal bahagia... kekalkan keserasian dan persefahaman antara kamu berdua :)


Kelebihan LDR:
  • Mengelakkan daripada melakukan maksiat (bagi yang masih bujang). Al maklumlah, kalau berkasih-kasihan jarak dekat ni, dugaannya lagi hebat kot.... hehe.. korang cenderung untuk dating sama-sama... keluar berdua-duaan kan? So, tak berapa nak molek tuh! Belum lagi kes yang pegang-pegang tangan and so on.... hihihi
  • Teruja lebih bila berjumpa! Jeng jeng jeng... kalau selalu keluar sama-sama, kadang-kadang leh jadi bosan kan? So, bila pasangan yang bercinta jarak jauh ni berjumpa... perasaan excited akan lebih sikit.... rasa berdebar-debar macam jumpa 1st time.. hihi... dan yang pasti, korang akan rasa perjumpaan itu saat yang tak boleh dilupakan sebab korang sangat menghargai saat itu... yelah, korang kan susah nak jumpa.. so, bila dah jumpa tu... rasa best sangat-sangat! (bagi yang muslimah, bawak mahram sekali eh)
  • Menjimatkan kos. Kalau korang yang kapel ni selalu keluar, duit pun akan banyak keluar... yelah, nak belanja makan lagi.... tengok wayang lagi... duit minyak kenderaan nak isi sebab nak bawak pegi jalan-jalan etc... betul tak? Kalau nak LDR ni menggalakkan bil telefon melambung tinggi tak juga. Sebabnya sekarang ni banyak je pakej murah-murah kalau nak telefon atau mesej-mesej... nak jimat kos lagi, skype je... YM ke.. facebook/ twitter... macam-macam ada kan?
Kelemahan LDR:
  • Potensi untuk curang adalah tinggi! Yelah, pasangan jauh nun di sana... mana la nak tahu kot-kot dia pasang spare part ke... skandal baru ke... kekasih gelap ke... hihi... (di sini kesetiaan/kejujuran memainkan elemen yang sangat tinggi ok)
  • Rasa "insecure" tiba-tiba... korang akan rasa something yang tak best walaupun sebenarnya tak ada apa pun.. otak korang akan ligat fikir yang bukan-bukan pasal pasangan korang... apa yang si dia buat kat sana? Dia bergaul dengan kawan yang macam mana? Gambar-gambar si dia dengan orang-orang tertentu dalam facebook membuatkan korang akan rasa tak sedap hati... baca komen-komen dalam facebook si dia ada yang membuatkan korang rasa gelisah... etc....

Sebenarnya, mungkin ada banyak lagi kelebihan dan kelemahan LDR ni... aku cuma pilih mana yang sesuai aje... seriously, tak semua orang boleh berjaya dengan LDR ni kerana ia sangat berisiko dan perlukan komitmen yang tinggi. If you want to play safe, tak payah la ok. Tambah-tambah lagi yang jenis cembura buta, yang kemarau kasih sayang tuh... hahaha... mungkin juga orang tak suka LDR sebab rasa tak menjamin apa-apa pun... (macam yang aku rasakan la). By the way, kalau pasangan kita pandai jaga hati, selalu ambil berat it's ok la... kalau dia selalu senyap... terlalu sibuk sampai takde masa langsung untuk kita... mungkin timbulkan konflik dalam perhubungan... Apa-apa pun, jodoh di tangan Allah swt.... kita mampu merancang, Allah swt yang menentukan... ye tak? Tapi ingat, kuasa cinta itu sangat besar peranannya.... cinta mengatasi segala-galanya! Itu sebab ada yang sanggup bunuh diri sebab gagal bercinta, ada yang sanggup ketepikan keluarga asalkan dapat bersama dengan pasangan masing-masing.... betul kan? Justeru itu, korang yang dikurniakan akal fikiran seharusnya berfikirlah dengan bijak ok!


p/s: masih keliru..... :(

bye...

-Feena-

0 Comments:

Post a Comment